1. Pakej Keahlian - Untuk menikmati khasiat Xanthone
Yuran Pendaftaran Keahlian : RM 120.00
1 Peti Jus XANGO (4 botol) : RM 455.00 *
Penghantaran oleh City Link : RM 10.00
Jumlah Besar RM 585.00
* Anda boleh juga memesan produk XANGO lain seperti XANGO Singles Sachet (RM455.00), Glimpse Complete Sets (RM775.00) atau Glimpse Sistem I (RM590.00) atau Sistem II (RM590.00). Kos-kos lain adalah tetap sama seperti diatas.
.
2. Pakej Usahawan – Untuk membina organisasi perniagaan
Yuran Pendaftaran Keahlian : RM 120.00
2 Peti Jus XANGO (4 botol) : RM 910.00 + ADP **
Penghantaran oleh City Link : RM 9.00
Jumlah Besar RM 1,039.00
** ADP adalah singkatan bagi Automatic Delivery Programme atau Program Penghantaran Otomatik dimana syarikat akan menghantar 2 peti XANGO pada 15hb setiap bulan terus kepada anda. Program ini adalah untuk memudahkan anda membina perniagaan XANGO.
.
Kelebihan Pakej Usahawan!
Pakej Usahawan adalah sangat disyorkan kepada anda kerana ia memberikan bermanfaat untuk mereka yang inginkan kesihatan yang optima dan juga satu perniagaan jangka panjang dengan peluang pulangan yang lumayan.
Bagaimana Pakej Usahawan membantu pencapaian perniagaan anda?
1. Memaksimakan pelan sistem Unilevel XANGO.
XANGO menggunakan sistem Unilevel dalam pelan imbuhannya. Bagi anda yang baru mengenali pelan ini, ia memang memerlukan masa untuk memahaminya. Anda tidak perlu risau, kerana kami juga menghadapi masalah sama ketika mula menyertai XANGO.
Lupakan sementara tentang ‘keLebaran’ atau ‘keDalaman’ pelan, tentang Sponsor, tentang Placement dan juga tentang pangkat (Ranking).
Kami nasihatkan anda menggunakan sepenuhnya peluang pulangan awal komisen PowerStart yang sangat lumayan iaitu 30% dan 15% yang tidak ditawarkan oleh mana-mana syarikat dalam industri ini.
2. Modal pelaburan awal.
Dengan yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM120.00 sahaja, anda telah boleh memulakan perniagaan sendiri.
Dua peti XanGo (8 botol) berjumlah RM919.00 adalah merupakan minuman nutrisi yang berkhasiat tinggi untuk kesihatan. Anda boleh menikmati khasiat XanGo bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
3. Strategi pemasaran: Offline (bersemuka) dan Online (internet).
Guna 2 dan Promosi 6 – Daripada 8 botol yang anda beli, gunakan 2 botol untuk kegunaan diri sendiri serta keluarga dan jual selebihnya iaitu 6 botol sebagai promosi pada harga promosi iaitu RM150.00 sebotol. (Harga Jualan yang disyorkan syarikat adalah RM160.00 sebotol).
Selain itu, pasarkan website anda secara online. Galakkan mereka untuk menyertai program website ini.
4. Bina organisasi perniagaan bersama lima (5) rakan niaga anda.
Secara umumnya, cari rakan niaga dikalangan mereka yang inginkan kesihatan atau mereka yang ingin menambah pendapatan secara sampingan atau penuhmasa.
Secara spesifiknya, cari Pembina Perniagaan atau kata mudahnya, hanya cari orang seperti anda yang inginkan pendapatan lebih dan sanggup berusaha dengan komited terhadap perniagaan ini.
Anda tidak semestinya bersendirian: Upline seharusnya bersedia membantu Downline. Bina hubungan yang mantap dalam pasukan.
INGAT – Pemasaran Rangkaian adalah suatu perniagaan perhubungan jangka panjang.
Sewaktu anda menaja 5 rakan niaga tersebut, anda akan mendapat pulangan Pendapatan PowerStart.
5. Duplicate/Peniruan.
Perkara 2-4 diatas perlu dilakukan oleh setiap ahli usahawan yang menyertai pakel ini. Kejayaan perniagaan pakej usahawan bergantung kepada sejauh mana setiap usahawan dapat mengikut sistem yang ada.
6. Pulangan modal.
Anda yang sebenarnya menentukan waktu pulangan modal. Jika anda menghayati dan komited dengan sistem pemasaran yang disyorkan, aliran tunai perniagaan anda dijangka positif setelah 10 – 60 hari. Lebih cepat anda membina organisasi, lebih cepat pulangan modalnya. Pemasaran boleh dilakukan secara offline iaitu secara bersemuka atau online dengan menggunakan website ini.
7. Tempoh Masa
Untuk menikmati hasil kesihatan dan hasil kewangan yang diberikan oleh XanGo, anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk melihat perubahannya. Rekodkan segala perubahan kesihatan dan perniagaan sejak anda bermula lagi dan bandingkan perbezaannya.
Jangan terburu-buru dan jangan mengalah. Berikanlah masa untuk perniagaan anda berkembang dan juga untuk kesihatan anda menjadi lebih baik. Dalam jangkamasa 3 bulan tersebut, berikan juga komitmen 100% anda terhadap usaha ini dan anda boleh menilai hasilnya sendiri
Potensi pendapatan secara hipotesis
Sekiranya setiap dari peserta Pakej Usahawan bersama 5 rakan niaganya menjalankan perniagaan seperti yang disarankan diatas, potensi pulangannya melalui pembayaran PowerStart adalah seperti berikut:

Jika sistem ini berterusan, anda hanya perlu menunggu usahawan aras ke 3 seramai 125 orang melakukan pembelian kedua mereka yang akan menjana Pendapatan Unilevel bulanan yang dijangkakan berjumlah RM10,220.00. Bagi aras ke 4, anda mampu menjana RM33,032.50 sebulan. Pendapatan bulanan ini akan terus meningkat dari aras ke aras selagi anda aktif berada dalam pelan ini.
Jangan lupa bahawa XANGO membayar sehingga sembilan aras!. Terdapat aras ke 5 hingga ke aras 9 yang boleh mendatangkan keuntungan lumayan untuk anda. Pendapatan diatas juga adalah hanya pendapatan yang dibayar oleh XANGO USA terus ke akaun bank anda. Ia tidak termasuk jualan runcit peribadi yang dibuat oleh anda sendiri yang masuk terus ke poket anda.
Kesimpulan
Pakej Usahawan ini telah dilaksanakan oleh ramai usahawan barat dan telah terbukti mereka sangat berjaya dalam melakukannya sehingga melahirkan lebih 81 jutawan sehingga ini. Ianya bukan skim cepat kaya tetapi ianya direka bagi memudahkan kejayaan anda dalam perniagaan ini.
Dengan jelas, pakej ini merangka satu pelan kerja bersama antara para usahawan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka. Ia juga boleh dikatakan sebagai intipati kepada kejayaan ramai jutawan XANGO yang telah berjaya merungkai kod strategi pemasaran XANGO ini. Bak kata pepatah – Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..
Pilihan ditangan anda…
“Dream BIG and keep it SIMPLE”









