Pengenalan


Saya adalah Kamaruzaman Zainal, seorang ahli perniagaan yang berkecimpung dalam industri Pengiklanan dan Percetakan. Syarikat yang diasaskan oleh saya iaitu Perkasa Nilam Sdn Bhd, telah beroperasi sejak tahun 2000 sehingga kini dan  terletak di Ampang, Selangor. Sejak tamat pengajian tinggi, minat saya terhadap bidang Pemasaran dan Jualan sangat mendalam. Pada Disember 2009, saya meneroka satu bidang baru yang telah menarik minat yang amat tinggi dalam diri saya – Pemasaran Rangkaian/Jaringan.

Minat ini datang secara tidak sengaja apabila pada tahun 2008 dan 2009, kesihatan saya mula terganggu. Antara penyakit yang mennganggu saya adalah resdung, sakit tekak, batuk, tekanan perasaan (depress), ghout, letih, sukar tidor  dan tidak bermaya. Saya mula membeli dan menggunakan pelbagai vitamin dan supplemen dari farmasi-farmasi. Selain itu, saya juga sering ke klinik-klinik dan membuat pelbagai terapi tubuh badan secara tradisi dan moden.

Pada satu hari, sewaktu minum pagi disebuah kedai mamak saya telah terlihat risalah berkenaan jus manggis XANGO lantas timbul rasa keinginan untuk mencubanya. Setelah menghubungi pemuda yang menjualnya dan mencubanya selama 3 hari, saya amat terkejut apabila saya rasa mempunyai tenaga baru, sakit tekak dan resdung berkurangan menjadikan saya amat bersemangat dalam urusan harian. Saya semakin ceria di pejabat dan di rumah. Perubahan mendadak dalam diri saya membuatkan saya sangat berminat untuk melakukan penyiasatan sendiri tentang khasiat jus manggis ini. Kajian saya adalah untuk mengetahui kenapa produk premium yang begitu berkhasiat menakjubkan ini tidak dijual di mana-mana farmasi.

Hasil kajian dan temuduga yang dilakukan oleh saya terhadap beberapa individu termasuk CEO sebuah syarikat tempatan yang baru memperkenalkan jus manggis telah membawa saya kepada beberapa rumusan. Pertama, manggis didapati mempunyai pelbagai khasiat yang telah dikaji oleh banyak institusi pendidikan dan penyelidikan diserata dunia sejak berpuluh tahun. Kedua, produk yang baik tidak semestinya berada di rak-rak farmasi atau klinik tetapi ia juga telah banyak dijual secara jualan langsung. Ketiganya, XANGO adalah produk jus manggis asli (sejak Nov 2002) yang telah menjadi ikutan semua produk jus manggis di pasaran tempatan dan dunia kerana mereka yang pertama mencipta kategori minuman ini serta telah mempunyai pasarannya tersendiri. Untuk pengetahuan anda, hasil kajian saya mendapati terdapat lebih 30 syarikat yang terlibat dengan pelbagai produk manggis termasuk 6 buah syarikat bersaing di pasaran negara kita. Kesemua syarikat pesaing XANGO mula meneroka produk manggis sejak tahun 2005.

Kenapa pula saya aktif menjadi pengedarnya? Saya tahu industri jualan langsung mempunyai banyak persepsi negatif di dalam fikiran masyarakat terutama yang melibatkan pemasaran rangkaian. Namun, saya telah mengambil sikap fikiran terbuka dalam hal ini. Apabila saya dibentangkan dengan prospek perniagaannya, saya melihat secara objektif  tentang bagaimana perniagaan ini beroperasi. Perniagaan tetap perniagaan, anda mesti melihat keberkesanan produk yang dijual dan juga keuntungan apabila anda menjual sesuatu.

Dari segi produk, saya berkeyakinan tinggi terhadap keberkesanan jus XanGo setelah mengunakannya sendiri. Tambahan lagi terdapat banyak kajian sains (1,850 buah) telah dilakukan oleh pelbagai Institusi Penyelidikan yang mengesahkannya dan dikuatkan lagi dengan fakta bahawa produk yang sebegini baik pasti banyak syarikat yang akan cuba untuk ‘meniru’nya di pasaran.

Keuntungan yang ditawarkan oleh XANGO pula adalah amat lumayan. Cara pembayaran secara sistem ‘Multi Level’ nya juga boleh diterima oleh akal. Walaupun ia nampak mudah tapi saya tahu cabarannya amat besar kerana ramai agak sinikal terhadap model pemasaran sebegini akibat dari salahlaku sebilangan kecil pengamalnya.

Walaubagaimanapun, pemikiran positif saya telah melihat kepada beberapa perkara. Pertama, kejayaan besar keseluruhan industri jualan langsung ini di dunia. Ramai yang telah berjaya. Kedua, industri penjagaan kesihatan sememangnya satu industri yang akan berkembang pesat dalam jangka masa 18 tahun akan datang. Ketiganya,  pemahaman saya tentang sistem pemasaran rangkaian yang mana terdapat sistem yang stabil dan ada yang boleh memudaratkan. Sebab terakhir dan yang paling utama adalah saya sangat sukakan produk jus manggis XANGO ini  dan tidak salah bagi saya berkongsi khasiatnya dengan keluarga, sahabat dan kenalan lantaran membina rangkaian perniagaan saya sendiri.

Blog Ratubuah ini didedikasikan secara am untuk sesiapa sahaja yang ingin berkongsi maklumat mengenai  rahsia keunikan buah manggis, terutamanya untuk rakan-rakan seperjuangan. Peluang perniagaan pemasaran rangkaian yang dibawa oleh XANGO amat mengujakan. Blog ini juga ditulis bagi membantu sesiapa yang ingin merebut peluang perniagaan dalam pemasaran rangkaian bersama XANGO.

Orang barat telah mula meneroka industri ini. Samada kita suka atau tidak, kita mesti sama-sama menikmati pulangannya kerana manggis adalah buah yang sangat dekat dihati kita. Peluang perniagaan yang begitu luas yang dibawa oleh XANGO telah menarik perhatian saya. Jika orang Barat yang tidak pernah melihat manggis begitu teruja dengan keberkesanannya, kenapa tidak kita? Jika 81 orang Barat telah menjadi jutawan kerana buah manggis, kenapa tidak kita?

Dengan segala rendah diri, saya ingin menjemput saudara-saudari menikmati khasiat buah manggis ini dan terokai rahsia perniagaannya. Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau komen membina dari anda semua.

Terima Kasih.

‘Dream BIG and Keep It SIMPLE”


Kamaruzaman Zainal
Pengasas Ratubuah DotCom
Mobile: 012-343 6966
Email: ratubuah@gmail.com

.

.

4 Responses to Pengenalan

  1. hamshah ali says:

    salam, saya telah menjadi ahli xango id: 11989810. saya berminat utk memasarkan xango melalui internet. bagaimana caranya?

    • Ratubuah says:

      Salam, Tahniah kerana menjadi ahli XANGO. Secara ringkas, ada pelbagai cara untuk memasarkan xango melalui internet. Pokoknya, ia bergantung kepada budget anda. Sekiranya budget ada kurang, gunakan segala kemudahan percuma yang ada diinternet, contohnya Facebook, Blog, Website iklan percuma dan sebagainya. Sebaliknya untuk memasarkan dengan cara lebih professional anda perlukan website, blog, auto responder,e-book, paypal dan menempah tempat pemasaran yang baik. Tetapi cara kedua ini memerlukan kewangan yang lebih.

      Adakah saya menjawab persoalan anda?

  2. sophia says:

    masalah saya haid tak teratur dan keluar sikit dapat kah saya minum jus manggis

    • Ratubuah says:

      Ya, saya ada beberapa kes serupa yang melaporkan bahawa setelah meminum Jus XanGo beberapa ketika, peredaran darah haid mereka mula jadi teratur dan tidak sakit (senggugut) lagi sewaktu didatangi haid…. wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s