
Was-was atau ragu-ragu adalah penyumbang utama kepada kegagalan dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Apabila anda melakukan sesuatu dalam keadaan ragu-ragu, maka anda tidak akan mencapai matlamat kejayaan seperti yang diharapkan.
Begitu juga halnya dalam bisnes pemasaran rangkaian ini. Setelah anda menyertainya, anda tidak boleh mempunyai perasaan ragu-ragu samada anda boleh melakukannya atau tidak. Tidak kira anda melakukannya secara ‘part time’ atau ‘full time’, anda tidak boleh melakukanya dalam keadaan separuh hati. Anda tidak boleh tertanya-tanya lagi samada keputusan anda tepat atau tidak. Perkara tertanya-tanya ini sepatutnya dilakukan sebelum anda menyertai sebarang program.
Apabila anda telah buat keputusan, anda sepatutnya meletakkan sepenuh hati dan perasaan terhadapnya. Itu pilihan anda, lakukan dengan penuh semangat yang jitu. Mereka yang ragu-ragu akan merasa goyang dan cuak apabila ditanya oleh seseorang tentang tujuan dan dorongan mereka melakukannya.
Oleh kerana pemasaran rangkaian memerlukan anda memperkenalkan sesuatu produk/perkhidmatan dan membentuk rakan niaga anda menjadi ‘networker’ yang baik, maka mereka yang tidak mengambil ‘serious’ menjalankan bisnes ini seperti mana bisnes-bisnes lain akan hanya dilihat seolah-olah ‘mencuba nasib’ asalkan mereka tidak kerugian dan lebih parah lagi apabila mengganggap ‘upline’ akan melakukan bagi pihak mereka.
Adalah menjadi rahsia kejayaan bahawa mereka yang berjaya menghilangkan sifat was-was atau ragu-ragu dan bersikap serious dalam bisnes ini akan menghasilkan kejayaan diluar dugaan.
Ada pendapat mengatakan ‘was-was adalah permainan syaitan’. Oleh itu, tinggalkan was-was dan yakinkan diri anda sendiri. Lakukan segala penyelidikan yang perlu kerana anda mesti melangkah dengan yakin!









