Berjumpa Wanita Waja Pesakit Kanser.
Sewaktu di Kelantan, Team Ratubuah telah diberi sambutan memberangsangkan apabila tuan rumah Encik Wan Mustafa dan isterinya Puan Esah telah mengumpulkan kira-kira 15-20 orang sahabat handai untuk mendengar penerangan oleh Team Ratubuah tentang jus manggis Original XANGO.
Ratubuah tidak sangka masih ramai yang tidak berapa pasti akan kehadiran 2 tahun XANGO di pasaran Malaysia, juga tentang jus ini yang telah memecahkan banyak rekod perniagaan kerana keberkesanan kesihatannya.
Sewaktu penerangan, banyak soalan yang diajukan dan Team Ratubuah cuba menjawabnya dengan sebaik mungkin. Sewaktu diakhir sesi, Team Ratubuah dikejutkan oleh pengakuan Puan Esah yang merupakan pesakit Kanser (kami tidak mengetahuinya sebelum ini). Beliau mengaku mendapat manfaat yang hebat dari jus manggis XANGO sejak meminumnya beberapa bulan lepas. Kami bingung sekejap kerana selama ini kami hanya membaca dan mendengar pengakuan pesakit kanser melalui pihak ketiga, tetapi kini pesakit yang mendapat manfaat XANGO berada di depan mata. Kami mendengar ceritanya dengan teliti dan pulang dengan mendapat keyakinan tinggi tentang khasiat jus manggis ini.
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada En. Wan Mustafa dan Pn Esah atas segala layanan baik mereka terhadap kami sewaktu disana. Juga, Selamat Datang dan Tahniah kerana menyertai ahli XANGO setelah beberapa bulan menggunakan produk ini.
Ikuti kisah Pn Esah di blog Ratubuah – Testimoni Pengguna:
http://www.ratubuahtestimoni.wordpress.com/
“Try IT and You Might Like IT”











Adalah dimaklumkan bahawa Puan Esah Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 2010. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat dan diberikan syafaat keatas roh beliau. Diharap juga, semoga suami dan keluarga beliau tabah menerima pemergian ini. Terima Kasih.
alfatihah buat allahyarhammah.