Sejarah dan Kelasifikasi Saintifik Manggis.


Sedutan Buku “Faktor X Manggis”

Oleh Dr. J. Frederic Templeman MD

Dinamakan sempena nama paderi dan pengembara Perancis Laurentiers Garcin ( 1673 – 1751 ), manggis dijangka berasal dari Asia Tenggara. Nama saintifiknya ialah Garcinia Mangostana. Hari ini, pohon buah ini di tanam di kawasan tropika di kedua – dua hemisfera timur dan barat dengan ladang – ladang komersil di Thailand, India, Malaysia dan Filipina. Ia turut diusahakan secara kecil-kecilan di beberapa negara di Asia, Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Terkenal kerana rasanya yang lazat, di Asia, ia dikenali sebagai “permaisuri segala buah-buahan” dan di Karibean Peranchis sebagai “sajian para dewa”

Garcinia Mangostana tergolong dalam keluarga Guttiferea, yang merangkumi lebih dari 800 spesis tumbuhan. Dua saudara manggis, Hypericum Perforatum ( St John’s wort ) dan Garcinia Cambogia telah pun dikenali sebagai tumbuhan perubatan. Apa yang menakjubkan ialah manggis ( tiada kaitan dengan mangga ) tidak pernah digunakan kerana faedah kesihatannya yang pelbagai di Amerika Utara dan Eropah meskipun sejarah dan kepopularitiannya sebagai rawatan tradisi di Asia, Afrika dan Amerika. Sehingga kini, manggis telah menjadi salah satu rahsia terbaik alam.

Dari tempoh masa benih ditanam, pohon manggis mengambil masa 7-10 tahun untuk berbuah. Walaupun manggis merupakan salah satu pohon buah tropika yang paling perlahan untuk tumbuh, ia mampu mencapai ketinggian 75 kaki.

Saiz buah adalah sama seperti tangerin dengan keberatan di antara 80-140 gram. Kandungannya adalah seperti berikut:

  • Pericarp ( kulit sekeliling ) – berwarna unggu, lembut dan setebal 1/8 – ¼ inci.
  • Ulas – 4-8 ulas berwarna putih, segmen berbentuk oblong, berjus dan berasa enak.
  • Biji – sebiji buah manggis selalunya mengandungi 2-3 biji yang matang dalam lingkungan setebal ½ ke 1 inci panjang.

Kesemua bahagian buah manggis – pericarp, ulas isi dan biji – adalah sebahagian daripada bahan rumusan yang saya gunakan sebagai makanan tambahan untuk para pesakit.

“Try IT and you might IT”

About Ratubuah

Kamaruzaman Zainal (KZ), B. Mgt (USM). Managing Own Business: 1. Perkasa Nilam Sdn Bhd. - Advertising & Printing Business; Founder and Managing Director. 2. Ratubuah DotCom - Network Marketing Business; RatuBuah.net (XANGO Mangosteen Base Health Products), TuneTalkBIZ.com (Tune-Talk-Tone Excel-WOW Referral Programme), TrafficWave.net (Email, Contact Management & Autoresponders System). From Kuala Lumpur, Malaysia.
This entry was posted in Khasiat Manggis and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s