Halaman
Kategori
- ABC Pemasaran Rangkaian (Network Marketing)
- Glimpse Skin Care
- Home-Business
- Jus Manggis XanGo
- Jutawan XANGO
- Keahlian XANGO
- Kebajikan & Penajaan
- Kenapa XANGO?
- Khasiat Manggis
- Kursus dan Latihan
- Pelan Imbuhan
- Peluang Perniagaan
- Pendidikan dan Promosi
- Pengiktirafan Khasiat
- Promosi Semasa
- Promosi untuk Ahli
- Ratubuah
- Testimoni Umum
- Tip-Tip Perniagaan
- Urusniaga XANGO
- Wakil Pengedar
- XANGO LLC
-
Paling Baru!
-
Paling Menarik!
Paling Popular!

Bahan di Arkib

Faktor Was-was atau Ragu-ragu Penyebab Kegagalan

Was-was atau ragu-ragu adalah penyumbang utama kepada kegagalan dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Apabila anda melakukan sesuatu dalam keadaan ragu-ragu, maka anda tidak akan mencapai matlamat kejayaan seperti yang diharapkan.
Begitu juga halnya dalam bisnes pemasaran rangkaian ini. Setelah anda menyertainya, anda tidak boleh mempunyai perasaan ragu-ragu samada anda boleh melakukannya atau tidak. Tidak kira anda melakukannya secara ‘part time’ atau ‘full time’, anda tidak boleh melakukanya dalam keadaan separuh hati. Anda tidak boleh tertanya-tanya lagi samada keputusan anda tepat atau tidak. Perkara tertanya-tanya ini sepatutnya dilakukan sebelum anda menyertai sebarang program.
Apabila anda telah buat keputusan, anda sepatutnya meletakkan sepenuh hati dan perasaan terhadapnya. Itu pilihan anda, lakukan dengan penuh semangat yang jitu. Mereka yang ragu-ragu akan merasa goyang dan cuak apabila ditanya oleh seseorang tentang tujuan dan dorongan mereka melakukannya.
Oleh kerana pemasaran rangkaian memerlukan anda memperkenalkan sesuatu produk/perkhidmatan dan membentuk rakan niaga anda menjadi ‘networker’ yang baik, maka mereka yang tidak mengambil ‘serious’ menjalankan bisnes ini seperti mana bisnes-bisnes lain akan hanya dilihat seolah-olah ‘mencuba nasib’ asalkan mereka tidak kerugian dan lebih parah lagi apabila mengganggap ‘upline’ akan melakukan bagi pihak mereka.
Adalah menjadi rahsia kejayaan bahawa mereka yang berjaya menghilangkan sifat was-was atau ragu-ragu dan bersikap serious dalam bisnes ini akan menghasilkan kejayaan diluar dugaan.
Ada pendapat mengatakan ‘was-was adalah permainan syaitan’. Oleh itu, tinggalkan was-was dan yakinkan diri anda sendiri. Lakukan segala penyelidikan yang perlu kerana anda mesti melangkah dengan yakin!
Posted in Tip-Tip Perniagaan
Tagged bisnes, Kejayaan, meniaga part time, networker, Pemasaran Rangkaian, perniagaan, sebab kegagalan
Leave a comment
Sejarah Perniagaan MLM
Bagaimana Pemasaran Rangkaian atau MLM (Network Marketing) bermula dan tumbuh untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengusaha. ini adalah persoalan yang sangat menarik!!
Sebuah syarikat yang mencipta sesuatu produk perlu membuatkan produknya dikenali dipasaran dengan seluas-luasnya. Organisasi jualan yang terdiri daripada tenaga penjual individu adalah tulang belakang kepada sesebuah perniagaan.
Untuk mengetahui sejarah industri ini, kita mesti melihat tempat asalnya perniagaan jualan langsung ini bermula iaitu Amerika Syarikat. Jumlah tenaga jurujual di Amerika Syarikat mulai tumbuh dengan pesat bermula pada akhir 1800-an.
1861: 1,000
1869: 50.000
1885: 100,000
1903: 300,000
1860 - Jurujual bergerak juga dikenali sebagai ‘canvassers’ dan penjaja. Terdapat sebilangan bekas jurujual ini yang telah membentuk organisasi-organisasi jualan yang terlatih. Kalau bukan kerana usaha mereka, banyak nama-nama syarikat yang kita semua kenal hari ini tidak ujud.
- Henry Heinz, seorang bekas jurujual, telah mencipta sebuah organisasi 400 orang jurujual untuk menjual pelbagai produk sayuran seperti kicap dan acar, kepada orang-orang yang tidak menanamnya sendiri.
- Asa Candler, juga seorang bekas jurujual, membina armada jualan untuk menjual sirap Coca-Cola ke restoran-restoran setelah membeli formulanya dari John Pemberton seorang ahli farmasi dengan harga USD2,300 pada tahun 1886.
Akibat dari organisasi-organisasi seperti ini, lahirnya idea untuk syarikat-syarikat membenarkan tenaga jurujual mereka untuk memiliki perniagaan mereka “sendiri”.
1868 - JR Watkins mendirikan JR Watkins Medical Company, salah satu syarikat pertama Amerika yang membenarkan produk kesihatan semulajadinya dipasarkan oleh rakan niaganya terus kepada pengguna.
1890 - David McConnel memulakan syarikat California Perfume, yang berpusat di New York. Pada tahun 1906 ia mempunyai 10.000 wakil jualan menjual 117 produk yang berbeza. California Perfume menukar namanya menjadi Avon Products pada tahun 1937.
1905 - Alfred C. Fuller yang juga merupakan seorang bekas jurujual sangat mempengaruhi masa depan organisasi jualan. Fuller memulakan syarikat Fuller Brush Company dan menggaji 270 dealer di seluruh Amerika Syarikat untuk mengikuti rancangan perniagaannya yang berdasarkan kepada komisen sahaja. Pada tahun 1919, Fuller Brush Company telah membuat jualan sebanyak USD 1 juta; pada tahun 1960 pula adalah USD 109 juta.
1931 - Frank Stanley Beveridge adalah bekas naib presiden jualan untuk Fuller Brush Company. Dia dan Catherine L. O’Brien menubuhkan syarikat Stanley Home Products. Dipengaruhi oleh kesulitan ekonomi disebabkan oleh kegawatan ekonomi sewaktu zaman ‘Great Depression’, Frank dan Catherine membayangkan sebuah peluang bagi orang ramai untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dengan pelaburan minimum, dengan menjual produk-produk seharian yang digunakan orang ramai. Visi ini jelas diambil dari Fuller Brush Company. Stanley Home Products menjual pembersih rumah, berus dan mob. Beberapa dealer Stanley mula memberikan demonstrasi untuk kelab-kelab dan organisasi berbanding kepada individu-individu untuk meningkatkan volume penjualan. Dealer-dealer Stanley dengan cepat menggunakan idea ini sebagai cara untuk memaksimumkan jualan. Dealer-dealer ini mengambil konsep “kelab dan organisasi” ke rumah-rumah dengan cara pemilik rumah menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk mendengar persembahan jualan … maka lahirlah “home party” (parti rumah).
Stanley Home Products menjadi tempat latihan bagi ramai pemimpin syarikat yang terkenal. Mary Kay Ash, pengasas Mary Kay Cosmetics; Brownie Wise dari Tupperware; Jan dan Frank Day, pengasas Jafra Kosmetik, dan Mary Crowley, pengasas Home Interiors telah menerima latihan awal dealer Stanley Home Products – sekali lagi dipacu oleh syarikat Fuller Brush.
1934 - Carl Rehnborg memulakan California Vitamin Corporation menjual apa yang kini dikenali sebagai suplemen vitamin. Pada tahun 1939 syarikat ini telah bertukar nama menjadi Nutrilite Products Company, Inc
1945 - Nutrilite telah menandatangani kontrak dengan Mytinger & Casselberry untuk melantik merekan menjadi pengedar ekslusif seluruh Amerika bagi produk-produk Nutrilite. Mytinger & Casselberry telah mencipta pelan imbuhan MLM pertama yang didokumentasikan. Ia berbunyi seperti ini: Seorang pengedar Nutrilite membeli produk pada harga yang di diskaun sebanyak 35%. (Contoh: Pengedar A membeli sekotak vitamin pada harga sebanyak USD 13 dan kemudian menjualnya pada harga sebanyak USD 20 dengan keuntungan sebanyak USD7.00)
Untuk menggalakkan pengedar untuk menjual lebih banyak, Nutrilite membayar bonus bulanan tambahan sebanyak 25% dari jumlah keseluruhan jualan. 20 pelanggan x USD13.00 (nilai belian borong) = USD260 x 25% = keuntungan USD65,00.
Setelah pengedar membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan 25 pelanggan, dia akan dibenarkan untuk menjadi pengedar LANGSUNG – yang bererti bahawa dia boleh mencari orang lain yang ingin menjual produk Nutrilite dan kemudian mereka akan membeli produk mereka dari dia. Inti patinya, apabila dia berjaya membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan, dia akan dinaikkan pangkat dan dibenarkan untuk mencari pengedar lain dan melatih mereka untuk mendapatkan pelanggan. Sebagai insentif untuk melatih pengedarnya dengan baik, apabila dia dan pengedar-pengedarnya mengumpulkan 150 pelanggan, maka dia akan menerima tambahan 2% dari jumlah keseluruhan jualan.
Ini bukan piramid – itu adalah sistem kuota berasaskan pengurusan. Mereka yang menjual paling banyak vitamin akan mendapat insentif yang lebih tinggi daripada mereka yang menjual sedikit. Pelan Imbuhan MLM ini hanyalah satu pembaharuan dari ganjaran pengeluaran Fuller Brush Company. Dengan MLM (Network Marketing), syarikat dapat memotivasi jurujualnya untuk tidak hanya menjual lebih banyak produk, tetapi juga untuk melatih orang lain untuk menjual lebih banyak produk.
1945 - Earl Tupper mencipta sebuah bekas plastik yang ringan, fleksibel dan dengan penutup ketat. Dia mula menjual produk-produknya melalui kedai-kedai runcit konvensional, tetapi dia menyedari produknya memerlukan demonstrasi. Earl Tupper kemudiannya bekerjasama dengan Brownie Wise (dahulunya dengan Stanley Home Products) melancarkan Pelan Parti Tupperware. Sekarang, ia adalah syarikat bilion dollar bertaraf dunia yang beroperasi di 40 buah negara.
1949 - Rich Devos dan Jay Van Andel (teman sewaktu sekolah tinggi dan rakan perniagaan) kembali dari perkhimatan tentera dan menjadi pengedar untuk vitamin suplemen Nutrilite pada tahun 1950. Setelah berlaku dilema singkat dengan Nutrilite pada tahun 1959, kedua-duanya meninggalkan Nutrilite dan membentuk syarikat Amway Corporation. Pada tahun 1972 Amway Corporation membeli Nutrilite.
1956 - Dr Forrest Shaklee mengembangkan kaedah ekstraksi mineral dari sayur-sayuran dan telah menggunakan MLM (Network Marketing) untuk mengedar produk-produknya.
1963 - Mary Kay Ash mencipta Mary Kay Cosmetics. Pada tahun 1996, jualan syarikat adalah lebih daripada 2 bilion dolar setahun.
1975 - FTC (Federal Trade Commission) telah mengemukakan saman terhadap Amway Corporation kerana didakwa mengendalikan sebuah skim piramid.
1979 - Seorang hakim telah memutuskan bahawa program pemasaran multi level Amway adalah sebuah peluang perniagaan yang sah, dan bukannya sebuah skim piramid.
Keselamatan
Sedutan Buku “Faktor X Manggis”
Oleh Dr. J. Frederic Templeman MD
Ada perbezaan yang penting di antara penggunaan dadah dalam bidang perubatan allopatik dan bahan seperti phytoceutical yang berasaskan tumbuhan dalam penyembuhan. Dadah dikembangkan sebagai agen-agen tunggal yang mujarab untuk mengubah fungsi fiziologi sesuatu sasaran. Semakin meluas pengkhususan, semakin meningkat keperluan sesuatu dadah tersebut. Sebenarnya, pada masa – masa tertentu para penyelidik farmaceutikal telah cuba untuk menggunakan separuh isomer stereo-optic, satu molekul dengan separuh isomer stereo-optic, satu molekul dengan separuh imej bayangan. Adalah amat sukar untuk membayangkan sesuatu yang lebih spesifik dari separuh molekul.
Sebaliknya, dalam kes makanan tambahan pula, ia menggunakan ciri – ciri holistik tumbuh – tumbuhan. Beberapa, malahan berdozen ramuan digunakan untuk mendapatkan kesan gabungannya. Dalam tumbuh – tumbuhan, jarang sekali, satu ramuan saja mempunyai kekuatan atau kuantiti yang mencukupi untuk bertindak sendirian. Makanya, rumusan dari tumbuh – tumbuhan jarang sekali merbahaya. Berbanding apa saja jenis dadah, walau dalam kauntiti yang sedikit, berpotensi untuk memudaratkan. Perbezaan ini penting kerana di Amerika Syarikat, reaksi buruk terhadap dadah telah mengakibatkan kematian seramai 106,000 orang walaupun dadah tersebut telah dipreskripsi dan diambil dengan sukatan yang betul.
Walaubagaimanapun, apabila membincangkan tentang faedah tumbuh-tumbuhan, kekurangan pengkhususan tidak bermaksud kekurangan dari segi keberkesanan. Sinergi bermaksud bahawa 2+2=8. dengan kata lain, dua atau lebih elemen yang bertindak bersama memberi kesan yang lebih baik dari sejumlah kesan elemen yang bertindak secara individu. Sinergi adalah sebab mengapa sekeping roti yang disalut dengan mentega kacang dan jam terasa lebih enak daripada salah satu daripada komponen tersebut dimakan secara berasingan. Sinergi adalah bagaimana sistem ketahanan badan manusia bertindak. Inilah caranya tumbuhan melindungi diri dari serangan mikrob dalam alam semulajadi, dan inilah juga cara bagaimana rumusan phytoceutikal dari tumbuhan memberi kesan kepada tubuh badan. Jumlah kecil pelbagai ramuan aktif yang diadun oleh Alam Semulajadi, bertindak secara bersama, memberikan kesan baik yang bebas toksik.
Banyak faedah manggis yang diperhatikan hanya boleh diterangkan sebagai hasil tindakbalas sinergi daripada penggunaan pelbagai ramuan yang tidak dapat dijelaskan oleh sains. Kemampuan manggis untuk menangani kelesuan, menjana tenaga dan mengurangkan tahap kolesterol LDL (jahat) hanyalah beberapa contoh kesan faedah yang sehingga kini tidak dapat dijelaskan dan tidak masuk akal.
Rumusan manggis yang saya gunakan ke atas pesakit- pesakit telah melalui penyelidikan toksik yang terperinci dan teliti. Tikus makmal yang diberikan rumusan tersebut pada sukatan yang tinggi (megados). Selepas tiga minggu , tiada tindakbalas buruk di kesan pada tingkahlaku atau tisu. Di bawah pemeriksaan mikroskop, tiada pemerhatian patologi dicatatkan pada organ – organ penting tikus – tikus tersebut. Tambahan kepada bukti makmal, tiada amaran dari bidang perubatan tradisi timbul akibat penggunaan tumbuhan tersebut untuk tujuan perubatan setelah berkurun – kurun menggunakannya. Amaran – amaran pernah dikeluarkan untuk beberapa tumbuhan yang berbahaya, dan adalah wajar untuk mengandaikan bahawa pasti ada amaran wujud sekiranya manggis telah dibuktikan berbahaya.
Makanya, walaupun saya akan sentiasa menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda diketahui mempunyai masalah kesihatan atau alahan sebelum menggunakan sebarang makanan tambahan, saya berpendapat buah manggis juga selamat diambil oleh kanak- kanak dan orang dewasa dalam apa jua keadaan. Namun adalah lebih bijak apabila memulakan mengambil manggis untuk meneruskan pengambilan ubat ubatan yang sedang anda ambil. Apabila kesan positif pengambilan rumusan buah manggis ini dapat dikecapi, pengguna bolehlah berbincang dengan pakar perubatan sekiranya ingin memberhentikan penggunaan ubatan yang lain.
Nota:
Bagi mereka yang mengambil ubat Coumadin, penyediaan buah manggis ini harus diambil pada sukatan yang disyorkan selama 3 hari. Pastikan tahap INR diperiksa oleh pakar perubatan pada hari ke 4 atau 5.
“Try IT and you might like IT”
Promosi Mac 2011
Pendaftaran PERCUMA!
Pendaftaran keahlian PERCUMA dari Pejabat Ratubuah.
Jika anda mendaftar sebagai ahli baru dalam kumpulan Ratubuah dan hanya perlu beli satu peti (4 botol) maka saya akan berikan satu kupon pendaftaran keahlian PERCUMA berharga RM120. Promosi Ratubuah ini bermula pada 15hb Mac hingga 31 Mac 2011. Kupon adalah TERHAD!.
Hubungi saya di 012-3436966.
PAT, PAT, SIKU LIPAT, SIAPA CEPAT DIA DAPAT…..
.
“Dream BIG and keep it SIMPLE”
Posted in Promosi Semasa
Tagged pendaftaran, pendaftaran ahli, percuma, promosi, xango
Leave a comment
Pelbagai Nama Perniagaan Pemasaran Rangkaian
Perniagaan Pemasaran Rangkaian/ Jaringan (Network Marketing) juga dikenali sebagai ‘Referral Marketing’ atau ‘Multi-Level Marketing’. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, model perniagaan ini adalah model peniagaan yang terpantas berkembang didunia seiring dengan zaman teknologi maklumat pada masa ini. Pelbagai syarikat samada baru atau yang sedia ada, mahu pun syarikat gergasi antarabangsa dan tempatan telah pun menyertainya. Di peringkat antarabangsa, syarikat seperti AT&T, Colgate, Citibank dan pelbagai syarikat lagi telah menyertainya. Di Malaysia, syarikat Air Asia dan Celcom berganding bahu memulakan perniagaan ini melalui syarikat Tune Talk Sdn Bhd dengan penubuhan syarikat pemasaran rangkaian Tone Excel Sdn Bhd yang memasarkan PrePaid yang dinamakan WOW. Perniagaan ini terbuka kepada sesiapa yang ingin menyertainya dengan cara anda beralih menggunakan PrePaid WOW dan berkongsi kebaikannya bersama rakan-rakan. Anda akan dibayar secara pelbagai peringkat ‘Multi-level’ setiap kali ahli dalam organisasi anda membuat ‘top-up’, Hebat!!.
Telah diketahui, industri ini menawarkan pembelajaran perniagaan kepada sesiapa yang menyertainya. Anak saya Nurdiyanah, membuat keputusan untuk mempelajari perniagaan ini dengan menyertai program Prepaid WOW ini. Walaupun baru berumur 18 tahun, saya menggalakkannya untuk memulakan perniagaan ini dengan cara menyertai program yang digemari dan dekat dihatinya (bercakap di talipon) disamping mempelajari skill perniagaannya.
Sesiapa yang ingin mengetahui atau menyertai perniagaan ini, anda boleh melayari dan mendaftar di laman web Nurdiyanah seperti berikut:

“Dream BIG and keep it SIMPLE”
Asas Keuntungan Perniagaan Pemasaran Rangkaian
Perniagaan Pemasaran Rangkaian terlalu banyak disalahertikan sehingga ia seolah-olah ditakuti oleh masyarakat. Setelah berkecimpung dalam industri ini selama setahun, saya dapat merasakan semacam wujud satu ‘phobia’ terhadap industri ini. Mujur saya tidak mempunyai sikap negatif apabila mula diperkenalkan dengan perniagaan ini.
Ini kerana, saya terlebih dahulu telah tertarik dengan keberkesanan produknya terhadap kesihatan saya sebelum mengambil keputusan untuk mendengar dan menyelidik peluang perniagaan dalam industri ini. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, mereka harus memahami bagaimana pembayaran keuntungan dilakukan. Pada asasnya, menjana pendapatan dalam perniagaan ini agak mudah untuk difahami. Seperti biasa, dalam perniagaan asasnya adalah anda perlu menjual sebanyak mungkin produk untuk mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan.
Dalam perniagaan pemasaran, pertamanya, anda mendapat keuntungan dan pendapatan dari mereka yang membeli secara runcit dan dari mereka yang membeli secara tetap selaku ahli (ditaja oleh anda) setelah mendapati produk tersebut adalah sesuai untuk mereka.
Keduanya Pemasaran Rangkaian membolehkan anda melatih seseorang untuk menjadi peniaga seperti anda. Latihan dan bimbingan yang anda berikan kepada rakanniaga baru ini adalah berbaloi sekiranya mereka mampu untuk menjana pendapatan mereka sendiri. Mereka akan melakukan perkara yang sama anda lakukan dan akhirnya anda sewajarnya diberikan ganjaran bagi titik peluh anda melatih dan membina organisasi ini. Adalah diperhatikan kejayaan membentuk organisasi jualan ini akan mengujudkan banyak produk dijual. Lagi banyak produk dijual lebih banyak ganjaran yang didapati.
Gambarajah dibawah adalah mudah untuk memahami bagaimana keuntungan diperolehi melalui perniagaan pemasaran rangkaian.

Dalam rajah diatas, anda meraih pendapatan melalui mereka yang membeli secara runcit dan pembelian ahli yang ditaja terus oleh anda. Pada masa yang sama anda berjaya mengujudkan atau menaja rakan niaga yang baru yang aktif seperti anda (A), lantas mereka juga melakukan perkara sama dengan rakan niaga mereka (B). Anda berhak mendapatkan ganjaran dari jualan terus anda dan juga dari organisasi jualan yang telah anda ujudkan. Ini merupakan keindahan dalam pemasaran rangkaian dimana hubungan perniagaan dan hubungan peribadi menjadi teras kejayaan oragnisasi ini. Dengan demikian objektif untuk menjual dan memasarkan sebanyak mungkin produk di pasaran menjadi lebih efisien dan lumayan.
Untuk menentukan kejayaan anda dalam perniagaan ini, anda perlu mempunyai skill perniagaan terutamanya kebolehan untuk menjual dan skill kepimpinan organisasi. Kedua-dua aspek skill ini perlu ada bagi menjamin pendapatan anda. Latihan dan kelas-kelas teori perlu dititikberatkan dalam menentukan kejayaan anda. Ia bukan semudah yang disangkakan oleh ramai orang yang menyertai perniagaan ini. Bak kata rakan saya “Anda mesti boleh belajar, diajar dan mengajar” untuk berjaya.
Sebagai kesimpulan, bukan semua orang boleh berjaya apabila menyertai perniagaan ini seperti mana juga yang terjadi dalam perniagaan konvensional yang lain. Bukan semua orang yang sesuai dengan perniagaan ini, cumanya kelebihan perniagaan pemasaran rangkaian ini adalah modal mula yang rendah dan risikonya yang rendah bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dan menjana pendapatan sendiri. Masa juga menjadi elemen penting bagi mereka yang ingin belajar berniaga, ini kerana perniagaan ini memberikan anda peluang untuk belajar bertatih berniaga dan masa pembelajaran ditentukan oleh anda sendiri. Tiada siapa akan memecat anda!!
“Dream BIG and keep it SIMPLE”
Pembelian Produk
Anda Berminat?
Jika anda berminat untuk membeli mana-mana produk kami, anda boleh menghubungi mana-mana pengedar berdekatan yang terlibat dengan perniagaan ini. Sekiranya anda tidak tahu sebarang pengedar, anda boleh menghubungi pihak kami untuk mendapat maklumbalas maklumat pengedar berdekatan dengan anda. Walaubagaimanapun, anda sendiri boleh membeli produk-produk XANGO secara terus yang akan dihantar oleh pihak syarikat ke pintu rumah anda melalui syarikat penghantaran laju City Link. Caranya:
1. Mendaftar Yuran Pendaftaran keahlian sebanyak RM120.00 (sekali sahaja).
2. Membuat pesanan mana-mana produk XANGO pilihan anda mengikut harga ahli.
- Sila semak harga ahli seperti di ruangan senarai harga - Senarai Harga
3. Sila kemukakan maklumat berikut di email ratubuah@gmail.com :
- Nama Penuh:
- No Kad Pengenalan/ No Passport:
- No. Talipon/ Handphone:
- Alamat E-Mail:
- Alamat Penghantaran
- (Umur mestilah 18 tahun keatas)
4. Pembayaran boleh dilakukan secara kad kredit atau tunai:
- Sila hubungi 012-343 6966 untuk maklumat kad kredit/ bank
5. Pendaftaran dan pembelian juga boleh dilakukan secara ‘online’ melalui link syarikat seperti berikut:
“Try It, You Might Like It”
Posted in Keahlian XANGO, Urusniaga XANGO
Tagged ahli, beli, harga, jual, Jus Manggis, Keahlian, minat, pembelian, pendaftaran, perniagaan, produk, xango
Leave a comment
Sijil Halal Produk Glimpse
Selepas mendapat persijilan ‘Natural Product Association’ kerana menepati piawaian ‘Green Chemistry’ dan menandatangani ‘Compact of Safe Cosmetics’ , kini Produk Penjagaan Kulit Glimpse menerima anugerah sijil HALAL pula dari IFANCA. Tahniah XANGO!!
















